KAMI BEBUDAK ENGINE, NASIB TIMBUL TENGGELAM, SUSAH HANYA SEKEJAP, SENANG PUN X LAMA,KAMI JADI ENGINEER BERKAT SABAR DIHATI WALAUPUN HEP BENCI, TAPI KAMI SENANG HATI,DIBANGUNAN MENARA,KAMI KACAU MAKWE,TETAPI SYG SEKALI, SEMUA MAKWE X NK KAMI,KELAS X PYAH PERGI,TUTORIAL AMAT JAUH SKALI, BILA FINAL EXAM,KTA AMBIK MC, ADA CHANCE REPEAT SKALI LAGI,DA PENAT OTAK KAMI STUDY,INILAH MASA MEREHAT DIRI,KAMI X LUPE KEPADA JANJI,MASUK UITM NAK DPT DGREE!

IKLAN YANG AGAK BERKULAT

Saturday, July 16, 2011

NISFU SYAABAN







OK JUST NK SHARE NGAN KORANG..MLM NI SLPS MAGRIB ADALAH MLM NISFU SYAABAN..SO KT BWH NI ADA ENTRY KOPI & PASTA TUK AK DAN JUGA KORANG...




Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :


1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa,zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban,bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu,dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban,sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa,pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyang fardhu Maghrib.Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa.Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur,pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal.Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.


JOM POSE!



12 comments:

Unknown said...

sekejap je dah smpai nifsu syaaban..ta lame lagi ramadan :)

mohdhazlan Dreadlock said...

dh nk pose dah ...perkongsian ilmu yang menarik ....

ghost said...

aku suka tengok gambar kat atas tuh.ia memang benar2 wujud dan terhasil.

and,mekasih untuk peringatan dan info ini bro.sebahagian yang lain telah dilaksanakan.

BIG BOSS said...

mari beramal sama2. :) entry yg sgt bgus.

Liyana Zahim said...

Hapy fasting syg~~~ =)

Rain said...

pose sunat, pose ganti ..

menunggu pose wajib.
bulan penuh berkat.
pahala berganda.
syurga menanti buat yang setia beramal

:D

syafiqa said...

mak suh baca yassin 3x malam ni.
dan puasa esok hari.

huhu.da nak ramadhan.
excited nih.

Unknown said...

Alhamdulillah da selamat berbuka pn :)

SYARIFF HAIKAL said...

CERITA BUDAK GEMUK SIRAP: HEHE..TULA.MJUR AK DA ABS GANTI POSE..HEHE



HATIKUBAEK: X PE..SHARING IS LUVING


GHOST: TULA.PNT AK CR..HEHE..BEST..CNTK


BIGBOSS; MARI2


LZ: TQ SYG B


RAIN: BERAMAL DGN ISTIQAMAH DAN PENUH KETAQWAAN OK..HEH


SYAFIQKARIM: BGUS..YG PNTING KEIKHLASAN K


AQ: TAHNIAH...HUHU

Anonymous said...

rase kejap je dunia berputar...

SYARIFF HAIKAL said...

SILAH: MMG CPT BERPUTAR..KITA X KN MERASAINYA..BUMI SDAH SGT TUA.

Shahriar said...

Nice blog visit here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...