Selautan kasih sayang itu memang tidak mampu dibeli dengan harta dan wang ringgit yang banyaknya seperti gunung. oh itu statement karut yg bisa kau buat tukun dilautan. zaman ini cuba kau bilang apa lagi yang tak mampu dibeli dengan kuasa dan wang?..maruah?.itu jawapan gampang.
sering ku merenung rentetan imaginasi kehidupan tika aku mula mengenal senyuman dan menangis bila kesakitan. hidup yg dikurniakan insan berlabel ayah dan ibu. keluhan dari sepasang bibir mereka tidak lansung pernah aku kedengaran apatah lagi aku tafsirkan yg tersirat, sampai aku kenal apa itu perempuan,cinta dan nafsu. mereka berikan ku makanan yg aslnya dari penat dan lelah dan tuntas aku melihatnnya dgn mata yang kala itu belum paham arti susah.seingat ku mereka kelihatan biasa2 saja walhal kerja yg dilakukan berat.mungkin derita dan penat mereka tika itu disimpan kemas disebalik wajah yg dilakar dengan senyuman indah tiap kali ak menatap wajah mereka.
ibu dan ayah kamu insan mulia,
pernah bertelagah dek kerna memilih warna baju melayu ku
walhal baju mu tak pernah bertukar ganti saban raya menjelma
bahagia kamu kongsi bersama derita kamu saja yg rasai
Sering ku titipkan masa aku menadah tangan pada pencipta agar ditetapkan hatiku untuk menjaga mu spt mana kau menjaga ku dahulu. menatang mu diusia senja mu..memberikan keselesaan yg bisa buatkan kau bahagia.senyuman mu hadiah yg tiada ternilai bagi ku ayah dan ibu..titisan kristil dari mata mu xkan ku biarkan jatuh lagi.tiada manusia bisa menghina mu lagi..segalanya akan ku sapa lantas aku mahu lihat kau senyum ceria memiliki apa yg belum pernah kau rasai, menikmati apa yg belum pernah kau kecapi. yang ku pinta doa dari mu.
mari sini bagi padaku semua derita yg dulu pernah kau rasa. senyum ayah,senyum ibu..terima kasih untuk segalanya.yah segalanya.
1 comment:
lama xdtg sini sihat ke , makin puitis ye
Post a Comment