Saat matahari mula terbit, ak merasakan cinta. lantas jendela ak buka untuk melihat pemandangan indah pemberian dari penciptaku. tugasku sbg khalifah cuba ku laksanakan dan ak kongsikan doa dari junjungan ku khasnya buat diriku dan mereka2 yg sedang merasai cinta..biarkan ianya spt cinta yusuf & zulaikha..
"Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri-Mu..
Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.. ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta yang dapat mendekatkan aku kepada-Mu..
ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai..
Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.. ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan..
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai para malaikat-Mu, Rasul-Mu, dan hamba-Mu yang soleh... Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.."
( Hadith Riwayat At Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s " )
credit to: faezah hannah
10 comments:
....kerana ku tahu yang cintamu yang kekal hakiki dan tak mungkin akan menyakiti...~amin~
amin
amin
amin
amin ya rabb!
moga cepat nikah ye dik dgn liyana zahim tu :D
doakan akk jugak neh :)
cinta agung.
amin.
wiwiet~~
semoga PEMBERIAN itu dijaga serapi mungkin :)
cik ana.
ehh, bende tu bentuk heart la
nice lah !
ada yang tidak mampu melunaskan cinta saat dia diberi amanah untuk cintanya.
*bro,aku takkan berhenti menulis.cuma masa yang hentikan aku sekejap.
insyaAllah .. aminnnn
Post a Comment