Memang aku tak gemarkan rasa itu, warnanya hodoh, nampak jahat, lagi ianya kotor. Pernah satu ketika jadikan keyakinan aku layar nun disana.. Aku lelaki tewas dan mati,situasi zombie. Memang masa itu aku rasa sangat lelah untuk dapatkannya lagi, maksud aku kehidupan. Derita yang amat kau tahu?? Rasanya bila panas atau jika dicampurkan dengan sebatian H2O beku yang suhunya -1 darjah celcius masih kekal, tiada perubahan, tidak bisa sejukkan badan apatah hati.. Semua ini sebab kebencian yang melangit! Arghhh! Sangat sadis cerita ini.. Benarkan aku mula yah??
Blaus bunga-bunga corak ala-ala dandelion terbang aku kira. Seluar jenama yahudi itu sangat dibenci. Cukup dengan jenama tempatan. Tak perlu aku sebutkan. Sniker high cut classic colour biru laut jadi alas kaki kemana pergi.. Jelas mukanya kelat-kelat pahit bila tatap aku. Kulit mulus seperti kapas itu aku rasa kopi pekat tanpa susu bila suara dari wajah lembut itu beralun tepat kena telinga. Arhh aku benci memberi gambaran apatah lagi merungkai dengan jelas. Dia suka jerit kalau cakap. Bukan pada waktu-waktu tertentu tapi setiap masa hanya pada aku. Marah aja kalau cakapnya aku pangkah walhal salah. Ye kau aja yg benar. Najis betul.
Hanya secawan kopi kurang manis tanpa susu. Kopinya bukan dari jenis serbuk tapi biji yang dikisar. Dia bilang yang bau itu bisa buatkan sesiapa ceria. Arh tipu sungguh ceritanya. Aku bukan la dari penggemar kopi. Biar sejuta kali kau cerita aku tetap tak kan paham tentang aroma dan jenisnya. Aku kurang arif dengan mereka yang letakkan nilai sentimental dalam minuman itu. Ianya hanya kopi, ianya bukan galaxy note gajet rebutan manusia bajet urban. Gampang.
Macam biasa setiap pagi mesti dia mau kopi, dah mcm ritual harian. Dan aku akan tutup telinga bila dia mulakan bicara. Maklum la batu bisa lekuk kena air, ini pula telinga, aset penting tau. Dia tak kan pernah jelik cerita sama aku tentang kopi yang setiap selang 3 hari dia tukar jenisnya tapi masih yang hitam pekat kurang manis. Itu cara dia yang paling rumantis agaknya layan seorang pakwe kacak seperti aku. Apapun,aku syg dia tau..td aku bukak twitter status itu bunyinya gini. "kekacakan lelaki ada sedikit keperempuanannya dan kecantikan perempuan ada sedikit kelakiannya". Aku senyum bila baca kerna ianya meyakinkan aku yang dia memang sayang dekat aku walau hanya dengan cerita kopinya setiap pagi. Sungguh ni aku bahagia.
Dia hirup kopi dengan muka yang penuh nikmat seakan klimaks semasa adegan porn bangsa laknat yang penontonnya dari kalangan bangsa yang masih jahil yang otaknya disaldum dengan hiburan dari pemerintahan seorang ketua zalim yang sangat halus seni perangnya dengan kotoran sama spt tapisan habuk kopi. Hey aku cuma mahu kata, aku syg sgt kt kau la. Aku cuma mampu monolog pada hati. Hilang kacak aku jika terang-terang aku jerit pada dia.nanti dia bilang aku gila.
Aku bukan lah dari spesis lelaki complicated apatah romantik yang mampu hafal saat pertama couple, dan hari-hari penting dalam relation. Aku benak mau ingat angka tapi aku suka mengira dan ak sgt pasti dia pun sama mcm aku.. 27 disember. Itu hari aku wujud. Itu hari jugak dia miss minum pagi sembang cerita kopi nya yang bosan ulang-ulang pada aku. dia bikin suprise pada aku agknya.
Kau pernah rasa jadi lelaki halimunan yang bisu?? Nah! Cuba kau duduk sebelah gadis misteri yang sampaikan cinta dan sayang hanya bercerita tentang kopi setiap pagi ni.. Memang aku bagaikan halimunan, lebih tepat bayang2, bayang kepada seorang gadis penggemar kopi tegar. Haish.. Mangkuk sunggguh ini perempuan. Lansung tak ada sikap romantik selain cerita kopinya, celah ku dalam hati.
Pagi yang bikin senyum aku disimpan dalam palang-palang besi untuk 3 tahun. Gadis sniker high cut biru laut itu dikepit tangannya dengan mamat rambut panjang. Gayanya seperti lelaki jalanan di pasar seni yang pandai main gitar. Pagi 27 disember itu. Ini suprise yang rakus dan kejam, melebihi pembunuhan ngeri dalam plot cerita saw. Hatiku bagai diratah serigala lapar yang dahagakan daging. Belaian mamat kurang kacak itu pada setiap helaian rambut nya padamkan seluruh neuron-neuron otak dan segala cerita tentang kopi oleh seorang gadis yang aku kira aset beharga dalam ruangan hatiku.
Memang setiap masa aku dengannya ada pun macam tiada, tapi seksa itu terasa ringan bila ada cerita tentang kopi dan senyuman manis lemparan dia lepas cakap jerit-jerit. Dia tak duduk lagi sebelah aku smpai bila-bila. Kau tahu saat itu aku mau bilang sama dia yang aku telah rasa kopi untuk pertama kali dalam hidup dan aku amat kagum dgn rasanya dan mau cakap dia lah gadis romantis yang aku cinta dan sayang. Elok kau mati dilanggar lori la celaka. Hari pertama aku jamah kopi dan itu lah hari terakhir aku hilang dia.
Itu aku benci pada minuman yang namanya kopi pahitnya sikit-sikit masuk dalam plot cerita hidup sendiri. Hitamnya dendam dari cinta yang tak berbalas. Aromanya buatkan aku leka dan runtuhkan ego sampai lupa diri. Kan aku cakap tipu untuk dia katakan kopi bisa buatkan sesiapa ceria. Buktinya sebab kopi,aku hampir mati lemas dalam khayalan. Betul, khayalan dari kabus asap kopi panas pekat kurang manis.
13 comments:
kopi itu nikotin yang akan ketagihkan kamu. bukan pada aroma, rasa dan warna tapi setiap kenangan bersama kopi hingga menjadi dendam yang dirindui.
macam penah tgk je tulisan merah tu...
dibelakang kejayaan/kejatuhan seorang lelaki berdirinya seorang wanita, begitu juga sebalinya......hahaha tiba² :p
huahuahua... nak berbanding KOPI dengan TEH aku suke teh lagi huahuahuah :)
aku suka cerita kau tapi maaf ya, aku tak suka kata singkatan, buat aku lambat untuk hadam. Ia mengganggu. :)
Eeee malasnye bace... Pjg gile~
rain: ak x pernah rindukan dendam itu, tp mungkin ak mula ketagihkan si tukang cerita.syg seorang lelaki tegar walau pun tidak bersama dia lagi.
cassia: betul ak ambiknya ditwitter..
c'axoera: mmg betul tp adakalanya kejatuhan seorang lelaki juga sb perempuan..perempuan kaya dgn kait
hana: maseh.ak cuba ubah.ak jenis yg menulis terus terusan tanpa berhenti.thanks untuk ingatan itu
LZ: terima kasih untuk masa kamu
hoi. ini best bro. aku suka. mana kau dapat idea tulis semua ni? boleh kongsi dengan aku sikit?
ezan: haha..ko cuba la berimaginasi tahap hyper..nt ko leh la tulis..hehe
x suka kopi. suka nescafe je hehe
eera shera: yeke..due2 pahit dan x sedap.
kdg² apa yg kite xsuke tu bakal menjadi perkara yg paling kita cintai..
ehh jap, apa aku merepek ni??
imaginasi tahao tinggi ;)
"jimat air untuk KOPI" =P
luv,
cik ana
Post a Comment