KAMI BEBUDAK ENGINE, NASIB TIMBUL TENGGELAM, SUSAH HANYA SEKEJAP, SENANG PUN X LAMA,KAMI JADI ENGINEER BERKAT SABAR DIHATI WALAUPUN HEP BENCI, TAPI KAMI SENANG HATI,DIBANGUNAN MENARA,KAMI KACAU MAKWE,TETAPI SYG SEKALI, SEMUA MAKWE X NK KAMI,KELAS X PYAH PERGI,TUTORIAL AMAT JAUH SKALI, BILA FINAL EXAM,KTA AMBIK MC, ADA CHANCE REPEAT SKALI LAGI,DA PENAT OTAK KAMI STUDY,INILAH MASA MEREHAT DIRI,KAMI X LUPE KEPADA JANJI,MASUK UITM NAK DPT DGREE!

IKLAN YANG AGAK BERKULAT

Tuesday, May 7, 2013

WAKTU AKAN TIBA




Aku sedang berada diwaktu buntu dimana setiap hari diselubungi kekeliruan dasyat yang sampai bikin kan aku sukar untuk membezakan manusia dan haiwan,apatah lagi jika kau tanyakan padaku mana fitnah dan kebenaran.benar aku terlalu naif untuk itu kerna aku sendiri tidak tahu mana perkabaran palsu dan yang asli. ini adalah waktu dimana manusia suka memaki sesama manusia, bertelingkah sesama khalifah, melaknat seperti tuhan, aku tekankan  manusia seagama ku,sama warna kulitnya dengan ku.mungkin mereka dikalangan yang masa kecilnya dulu lupa diajar dengan cara memberikan nasihat atau tidak deberi pendidikan ugama secukupnya.maaf aku hanya membuat perkiraan. 

Aku yakin mereka itu dari kalangan pejuang handalan, tidak bacul seperti aku yang sering mengintai dibalik jendela dengan binokular murah. Mereka pejuang agama sejati yang punyai semangat raksaksa. namun setiap perjuangan ada kemenangan dan kekalahan, kegembiraan dan kesedihan. Persoalannya jelas dibalik kekalahan itu adakah kau benar-benar kalah??.Didalam perjuangan menegakkan agama tiada kekalahan aku kira, yang ada cuma permulaan kepada sebuah kebangkitan dan kau perlu ingat yang setiap tindakan dan keputusan itu adalah ketetapan.benar ketetapan bukan ketetapan manusia tetapi yang maha mengetahui,pengasih dan penyayang.

Aku kira untuk menjadi yang hebat, Jiwa ku yang kosong ini perlu aku isikan dengan islam yang sempurna,iman yang senantiasa bertambah dan ihsan diantara sesama mahkluk.emosi dan amarah perlu ada tapi harus aku belenggu bila aku berhadapan dengan si kaki belit yang punyai tahap ego durjana  teragung. mungkin aku juga perlu kurang kan berkata-kata kerna nanti takut aqidah terpesong dek kerana terlalu teruja berbicara sampai lupa arti perjuangan sebenar dan kufur atas segala pemberian yang ada. 

Cuba kau buka hijab dihati kamu itu lantas lihat kepada apa yang terjadi.sangkal dan betul kan lah aku nanti jika kata-kata ku salah kerna ingin aku katakan yang semua ini adalah ujian dari pencipta kepada semua khalifah yang masih dilindungi dengan cahaya islam. Ujian dari pencipta yang sangat sayangkan umat kekasih akhir zamannya. kekasihnya yang pasti menangis melihat perpecahan umatnya.umat yang terlalu disayanginya sampai ke hembusan nafasnya yang terakhir.

Duhai sahabat perkuatkan lah diri kamu dan bersabarlah untuk sedikit masa lagi kerna kesusahan yang kamu hadapi ini bukan lagi kesusahan yang terlalu hebat.bila nanti ujian yang terlalu berat lagi ditimpakan dan tika itu kamu rasa sudah tidak tertahan sakitnya dan masih bersabar yakin lah yang bantuan penciptamu itu sudah dekat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...