Sesuatu yang dihasilan dari bakat dan adakala ianya boleh dibentuk mengikut acuan dan bahan- bahan dari sumber yang hebat, namun kebiasaannya penghasilan daripada bakat itu lebih sempurna dan damai coraknya. Seni ini jikalau acuannya salah bisa jadi seperi racun halus meresap kedalam akar kehidupan. memusnahkan segalanya. ya segalanya termasuk minda.
Dalam Seni itu ada kesunyian. Benar seni bisa buatkan mereka kesunyian, mereka itu bermain degan masa dan emosi yang adakalanya lansung tidak mampu mempedulikan sekeliling.mereka mencipta watak hinggakan mereka lupa akan realiti yang sedang mereka harungi namun ianya kebahagiaan iaitu keseronokkan dalam mengamati sebuah karya.
Jika dilihat melalui perspektif lahiriah seni itu indah.ianya elemen yang bisa wujudkan ketenangan dan kegembiraan. Seni ini perlu digubah melalui tatacara sempurna dengan ilmu yang akhirnya akan jadikan pengajaran dan renungan kepada manusia.
Kini hampir segalanya sudah dimanipulasi, sukar untuk jumpa keikhlasan dalam setiap cerita. dirosakkan dengan lakaran dan abstrak lucah asalkan beri keuntungan.Semoga masih ada mereka yang mampu mencorak sebuah cerita gunakan bahan yang bersih dibasahi dengan ilmu agar generasi yang lihat nanti bisa gunakan akal yang tidak akan terus dirosakkan.
No comments:
Post a Comment