KAMI BEBUDAK ENGINE, NASIB TIMBUL TENGGELAM, SUSAH HANYA SEKEJAP, SENANG PUN X LAMA,KAMI JADI ENGINEER BERKAT SABAR DIHATI WALAUPUN HEP BENCI, TAPI KAMI SENANG HATI,DIBANGUNAN MENARA,KAMI KACAU MAKWE,TETAPI SYG SEKALI, SEMUA MAKWE X NK KAMI,KELAS X PYAH PERGI,TUTORIAL AMAT JAUH SKALI, BILA FINAL EXAM,KTA AMBIK MC, ADA CHANCE REPEAT SKALI LAGI,DA PENAT OTAK KAMI STUDY,INILAH MASA MEREHAT DIRI,KAMI X LUPE KEPADA JANJI,MASUK UITM NAK DPT DGREE!

IKLAN YANG AGAK BERKULAT

Monday, June 4, 2012

PSIKOLOGI YANG MERABAKKAN


Duduk dikamar bertemankan tempat beradu usang yang classic dengan dialasi  tilam yang kekabunya hampir lunyai dan  uzur. kamar itu tempat yang dirasakan paling bahagia dalam ruangan rumahnya. jika dilihat melalui tetingkap kehidupannya, diluar nya ada lah sebuah bangunan tinggi mewah ala-ala twin tower kebanggaan penduduk daerah yang suka berhibur dan memberi teguran sambil memegang botol todi. sekitarnya ada pepohon hijau rendang yang tumbuh mengikut susunan dan bila malam persis bandar halimunan yang penuh dengan cahaya  menarik.

Kalau diikutkan hati nya,  mahu saja dia keluar menikmati keindahan hidup melalui tingkap itu, kerna sebaik ianya ditutup dia akan melalui satu kehidupan yang penuh dengan penderitaan, tapi keindahan itu adalah impian yang sirna. Dia hanya manusia biasa yang takkan mampu lawan sama fitrah. amat mudah untuk mencoret kisah penderitaan tapi berat untuk melaluinya, diumpamakan pengembaraan mencari jalan keluar tika sesat dalam hutan amazon tanpa sepatu, ianya satu penghidupan yang sukar. tahap pemikiran yang dihadkan agar otaknya tidak bisa berkembang. dia ditakut-takutkan dengan cerita dongeng dunia yang penceritanya pun tidak lalui lagi pengalaman itu, mindanya dirodok-rodok dengan parang yang tumpul agar kesakitan yang dirasakan buatkan dirinya cuak untuk terus coba keluar dari kamar itu.

Dulunya sepengenalan aku lah. dia adalah seorang yang independent,yah berdiri atas kaki sendiri. dia yang merentas dunianya mengikut suka dengan plot kisah hidup menarik. kau bikin lah tembok panjang yang tingginya macam tembok besar di tempat yang namanya china.dia akan panjat. kau lepaskan la harimau ganas yang kau rasa bisa takutkan dia.dia tampar saja guna tangan.dia tidak takut pada apa pun melainkan yang satu dan itu tak perlu aku jelaskan. dia bisa tentukan kehidupan sendiri. dia hebat bila berdebat dan senyumnya adalah pengubat kepada segala masalahnya sendiri malahan orang lain yang menatapnya. benar aku tidak tipu.

Terus terang aku katakan yang gaya lakunya jenis yang blur bila dilihatkan tapi ketahuilah yang dia penyelesai masalah terbaik. dia pendengar yang hebat, pengimaginasi yang bisa lampiskan gambaran pada penulisan. jiwanya ada seni yang tidak dibuat-buat. Dialah manusia yang ada tahap keyakinan super dan tenaga kalah kuda jika ingin mencapai sesuatu yang diingininya, tapi itu ceritanya dulu. Dulu sewaktu pengenalan aku dengan dia. aku tak mau sembang tentang waktu dan hari.aku jenis yang kurang makan kismis.

Aku hanya mendengar beritanya dari sistem pesanan ringkas yang menggantikan sistem surat dari burung merpati. kamar itu lah dunianya kini. dia kehilangan segalanya termasuk dirinya sendiri. aku kurang pasti semua ini angkara siapa, mungkin kerna manusia yang suka menimbang tanpa neraca yang buatkan keyakinannya pada diri dikukut perlahan sampai jadi sifar atau mungkin karna pemberontakan nya yang gagal dalam peperangan antara ayah dan ibunya, mungkin itu lebih tepat memandangkan gambaran dari setiap tulisannya pada ku. aku konklusikan, dia adalah seorang yang dipagar dalam kamar usang dan dibiarkan hidup dikelompok masyarakat kuno yang hanya mendengar dan mempelajari ilmu melalui lisan dan   media yang tersumbat.

Hidup nya tak seperti mawar yang berkembang dengan pelbagai warna tapi sudah seperti si enau yang menunggu mahu sembah tanah akibat parasit yang tumbuh melata pada badan. sedih mendengar keadaanya. Dia sering cakap pasal kehidupannya yang gagal. seorang insan bergelar pemimpin dan pemberi semagat pada seorang anak sendiri telah melemparkan kata-kata yang menjatuhkan semangat si anak untuk terus hidup..memaki dengan mengenepikan perasaan dan menghukum tanpa kebenaran dan bukti.semuanya gara-gara emosi akibat dari sikap dia yang mahu bela diri sendiri dari pemerintahan kuku besi seorang pemerintah bernama ayah. dia masih tewas. saban hari keluar darah dari mulutnya akibat hati yg semakin hancur tiap kali dia melangkah untuk keluar dari kamar itu..air mata nya kering dan dirinya tampak lusuh.



Sambil memegang palang-palang besi ditingkap kehidupannya hasil imaginasi yang lahirnya dari jiwa yg diseksa, dia merintih tanpa pernah putus asa "tolong keluarkan aku dari sini. aku tiada tempat untuk mengadu duka ku.tiada siapa yang mahu bangkit pertahankan aku, sekurang kurangnya berikan lah aku sesaat waktu untuk aku senyum melihat keindahan dunia seperti rakan2 seumur ku yang lain." 

Aku tak mampu untuk bagi gambaran lagi memandangkan kehibaan dan derita yang dirasanya kini mula masuk dalam diriku satu persatu.elok aku stop dan pikir cara mahu selamatkan dia lantas berikan kehidupan gembiranya yang dahulu. Aku sukar untuk campur kerna aku hanya lah seorang kawan. Hanya kawan yang tak ada kuasa autoriti untuk mendakwa bapa nya masuk ke meja perundingan dek kerana sikap ayahnya yang tak mampu terima teguran dan merasakan dia lah salah satu keajaiban dunia. dia bikin kawan ku seksa. dia pelakon hebat depan penonton yang terdiri dari penduduk kampung sendiri yang terlalu asyik menjiwai watak sampaikan lupa yang dia adalah manusia yang telah memberi kesakitan pada keluarga terutama anaknya..dia membunuh anaknya dengan senjata psikologi dan terusan menyeksa tanpa sedar.

Ingin aku tanamkan benih kasih dan sayang dalam diri sendiri agar kelak jika aku dikurniakan zuriat benih itu bisa bercambah dalam diri mereka. biarkan aku tersiksa asalkan mereka semua bahagia dan emosi ku akan aku belenggu bila menegur mereka itu kerna aku tak mahu benih kasih dan sayang yang aku tanam pada diri mereka jadi  pohon yang penuh dengan dendam dan kebencian pada diri aku nanti..aku tak mahu ianya terus tumbuh dalam keturunan ku yang jika disoal si munkar dan nankir nanti akarnya adalah aku. ak mahu tenang bila bersemadi dan berjalan atas jambatan halus itu nanti tanpa banyak persoalan..

ini kisah rekaan ku.kisah imaginasi ku yang melayang bila melihat kehidupan.aku titip dah huraikan dalam jiwa seorang kulat dan ianya tiada kaitan dengan sapa-sapa.


14 comments:

Rain said...

imaginasi. tapi aku membacanya dalam realiti. bahasa kau hidup.

jika benar hidup, keluarkan dia dari gerigi besi. sangat belas melihat dia.

melihat hidup mereka yg derita, sepertinya aku hanya baru dipermulaan langkah hidup. syukurnya dengan nikmat yang lebih ini..

cimöt said...

terpana..kerana kau sudah bawak ku ke sana..ke alam kisah imaginasi mu semata..

nice description, nice nice n nice..

Liyana Zahim said...

Woww.. Excellent.. Kesian sahabat mcm tu kan.. Tp mcm bkn imaginasi je ni? Hehehehe.. :p Haa cite sal skandal ye..

MizzTina said...

imaginasi ke realiti ni?? mcm aku lak yg duk dlm tu..

intan.maisarah said...

cerita ini sedih.

anamizu said...

tahap hyper.

tapi

mcm bkn imaginasi je..


"trust me.i'm an engineer"

ssh skit nak pecaye..hehe
tp pecaye gak la..tp kira unik
sbb kalo dlm 10, ana bru jumpak
1 ni je ENGINEER yg mampu ada
imaginasi tahap tggi ceni PLUS
menghamburkannye dlm bntuk
penulisan ;)






luv,
cik ana

SYARIFF HAIKAL said...

rain: aku cuba yah teman.aku hanya gembiara bila dia juga gembira.bersyukurlah kerna kau jauh dari derita..


cimot: hehe..wah jgn masuk jauh2..nanti x leh keluar susah..


Liyana: haah skandal dari langit


mistina: hey mistina.awk kan sedang bahagia..jgn pikirkan derita.seksa rasanya


intan: yeke..yg melaluinya lagi sedih sarah.

kaizo: ala engineer la mampu berimaginasi dgn tinggi.membayagkan sesuat yg luar logik dan salu bagi idea gampang tp logik bila dikaji.

ஜ miss klanika ஜ said...

kos engineering atau philosophy sebenarnya ?
kesah yang kau garap apa benar atau sekadar fantasi ?

penyampaian yg tepat ke hinggap ke sanubari -

Unknown said...

imaginasi yang menyentuh hati..

sang mantan, said...

isi minyak fuel save 95 boleh jimat 1 litre. Pam di shell sekarang. :)

Anonymous said...

imaginasi...kenalkan ia pada penciptanya.Sungguh ia akan redha dan bebas tanpa beban.

cik_kembang said...

Salam...

I was just blogwalking and saw yr page. We engieers are so good at imagining things. That's why we can even translate binary equation into english/BM. I used to be an engineering student..gosh how I miss those days...Masa study..budak engine paling sempoi, bila dah keje, budak engine paling cool...hehe..

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

ni bukan imaginasi.... tp realiti. hehehee.. =) nice one!

Haviolate said...

nice one.. if the person is ALIVE,.. tolong dia even sebagai kawan tanpa autoriti.. if that person is only ur imaginaton, tak mustahil boleh jadi satu realiti,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...