KAMI BEBUDAK ENGINE, NASIB TIMBUL TENGGELAM, SUSAH HANYA SEKEJAP, SENANG PUN X LAMA,KAMI JADI ENGINEER BERKAT SABAR DIHATI WALAUPUN HEP BENCI, TAPI KAMI SENANG HATI,DIBANGUNAN MENARA,KAMI KACAU MAKWE,TETAPI SYG SEKALI, SEMUA MAKWE X NK KAMI,KELAS X PYAH PERGI,TUTORIAL AMAT JAUH SKALI, BILA FINAL EXAM,KTA AMBIK MC, ADA CHANCE REPEAT SKALI LAGI,DA PENAT OTAK KAMI STUDY,INILAH MASA MEREHAT DIRI,KAMI X LUPE KEPADA JANJI,MASUK UITM NAK DPT DGREE!

IKLAN YANG AGAK BERKULAT

Wednesday, August 1, 2012

IRONINYA SUKAR




Sebenarnya aku bukan hilang,aku cuma mahu nikmati kesunyian yg sempurna.mengenepikan ego dan belajar bersabar. Aku ingin menjalani kehidupan yg berbeda dengan sebelumnya. menjauhi memori-memori lampau agar tidak terbawa-bawa pada kehidupan akan datang yg akan aku lalui sehingga bisa buatkan keyakinan ku tumpul, ironinya ia sukar.

Kau tahu hidup berseorangan tanpa teman akan buatkan kau sering berfikir.adakalanya pikir kan kebesaran ciptaan yg Esa adakalanya minda kau tangkas berfikir perjalanan hidup dan dosa masa lampau. terkadang aku percaya pada statement adakalanya kita bersatu dgn diri tika sepi itu datang. 

Kini aku terus ke procedure seterusnya dalam rentetan kehidupan ku. mungkin yg ku hadapi tak lagi duri tumpul tapi cerucuk besi tajam, tapi aku yakin dengan cikgu yg bernama pengalaman. harapan ku bila diuji nanti aku terus melobosi ruang2 sempit dan liku2 tajam itu dengan kesyukuran dan kesabaran.

aku tertarik pada sepotong ungkapan dari sahabat ku.nah ini dia..

"Rupanya, Allah letakkan kekurangan pada orang lain sebangai tempat kutipan pahala buat kita, supaya kita dapat belajar bersabar, memaafkan dia, menasihati dia, mendoakan kebaikan buat dia, memperbaiki dirinya, menolong menutip aib dia dan muhasabah diri kita.

Dan rupanya, kita dihormati dan diperlihat baik selama ini adalah kerana Allah menutip kesalahan, keburukan dan aib kita dari orang lain.

Lalu kita masih lagi mahu ego? Memandang diri lebih tinggi berbanding yang lain? Allahu Rabb ~"


SALAM RAMADHAN..

8 comments:

Liyana Zahim said...

Live ur life to the fullest syg.. I heart u.. Rmmber tat always :)

Wadi AR said...

bersabarlah sedare. salam ramadhan juge

Fatin Farhana Binti Ramli said...

abah cakap kalau jiwa kosong .. baca l al-Quran .. InsyaAllah jiwa terisi ..


__________________________________

MINTAK KERJASAMA
sudi kiranya singgah di blog saya dan blok page yang berunsurkan seksualism & porno supaya dapat selamatkan gadis melayu sekarang

PERHATIAN : Kepada Gadis Melayu Yang Cun Melecun

tq ..

ghost said...

satu masa akan dihadapi bahagian yang mudah begitu payah, yang sukar bertambah sukar. mental, satu-satunya yang menguatkan sistem daya tahan hati kita selain ketuhanan.

hanaahmad said...

kesunyian adalah waktu paling mahal buat aku menghargai erti hidup. dan aku takkan pernah menyesali waktu-waktu begitu.

Mutiara Bernilai said...

acapkali,
kesunyian memberi kita ruang untuk mendengar hiruk pikuk hati..
dan acap kali juga,
bersendirian itu menemukan kita di mana letak duduknya diri..

selamat bertemu diri..
moga letaknya cantik d atas jalan menuju Ilahi..

^___^

lame btul dak uitm ni x hapdet :)

Hans Hanis said...

saya sangat suka dan setuju dengan ayat kawan kamu tu :-)

Anonymous said...

.Sepi itu indah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...